Make your own free website on Tripod.com
Alam Bina
Home
About Us

NIAT, LAKU DAN HASIL

dsc00365.jpg

Gambar yang ditunjukkan merupakan produk yang saya hasilkan pada tahun 1999. Niat saya untuk melakukan projek ini adalah memenuhi permintaan guru seni supaya dapat menghantar kerja rumah yang diwajibkan. Syarat yang diberi agak longgar, iaitu saya boleh menggunakan corak secara bebas. Corak yang saya pilih ialah bunga kerana bunga dan alam sekitar ialah kegemaran saya.

dsc00364.jpg

Sebelum projek dimulakan bahan-bahan seperti pen pisau 1 set, pensil 2B, pemadam, pembaris, kertas pasir dan papan kayu bersegi-empat perlu disediakan.Proses-proses untuk melakukan projek itu adalah seperti berikut:
1. Corak yang dipilih lukis di atas permukaan papan kayu dengan menggunakan pensil 2B dan pemadam. Masa selama 1 jam diambil.
2. Pen pisau digunakan untuk mengukir corak tersebut. Tapaknya diukir dahulu supaya bunga, batang dan daun dapat dibentukkan.
3. Apabila tapak sudah siap, pen pisau yang saiz kecil digunakan untuk mengemas bentuk bunga, batang dan daun supaya lebih cantik.
4. Bingkai diukir dengan menggunakan sebilah pen pisau yang bermata rata dan saiz besar. Tujuannya adalah untuk mengindahkan corak bunga-bunga tersebut.
5. Kertas pasir merupakan bahan yang penting untuk melicinkan permukaan pada seluruh bahagian produk itu.
6. Akhirnya, cecair selek disapu ke atas permukaan corak itu sebagai satu lapisan perlindungan.
 
 

dsc00363.jpg

7 hari seminggu, 2 jam sehari; selama 2 minggu digunakan untuk menghasilkan produk itu. Walaupun masa yang diambil agak panjang tetapi proses penghasilan produk itu amat seronok. Markah yang diberi adalah sebanyak 85%, iaitu markah yang paling tinggi di dalam kelas saya. Saya berasa puas hati dan bangga ke atas kejayaan yang saya capaii.
 
 
Tang Kim Sheng
79678